Terengganu Today

Terengganu Today

YB ADUN Minta Rakyat Sabar, Pengerusi MPKK Kepenatan Urus Bantuan


"Memang semua orang berada dalam kebimbangan dan kesukaran. Oleh itu, semua pihak kena bersabar. 

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berusaha untuk membantu tetapi mereka juga berada dalam kawalan pergerakan. Mereka juga ada kemampuan yang terhad. 

Oleh itu, jangan marah-marah MPKK. Jangan serbu rumah MPKK. MPKK juga terikat dengan kawalan pergerakan dan mereka juga terancam bahaya Covid 19. 

Sesiapa yang bermasalah untuk menghubungi MPKK, boleh minta bantu jiran untuk whatsApp.

Ketika ini, saya sangat simpati dengan Pengerusi atau Setiausaha MPKK yang kepenatan untuk mengurus bantuan. Oleh itu, mohon sama-sama merasa simpati. 

Ketika ini, semua AJK MPKK perlu bergading bahu dan tenaga untuk berkerjasama dengan mengagihkan tugas masing-masing.

Saya juga selaku YB ADUN memang merasa simpati dan berusaha untuk membantu semua orang tapi saya juga terikat dengan kawalan pergerakan dan juga terdedah dengan wabak yang sama."

YB Mohd Nor Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap ADUN Bukit Payong
24 Mac 2020

Post a comment

0 Comments