Terengganu Today

Terengganu Today

Rosol Wahid Dijangka Menang Mudah Ketua Bersatu Hulu Terengganu


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Dato’ Rosol Wahid dijangka menang mudah dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Terengganu, Sabtu ini.

Rosol yang bekas Setiausaha UMNO Terengganu akan dicabar oleh bekas calon Pakatan Harapan DUN Ajil pada PRU 14 lalu, Zamani Mamat bagi jawatan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu.

Seorang lagi calon Ketua iaitu Laisani Dollah telah menarik diri dan difahamkan akan memberi sokongan kepada Rosol yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.


Kebihan Rosol sebagai Ahli Parlimen dan pengalaman luas dalam politik sejak menjadi ADUN Ajil pada tahun 1999 menjadi faktor kemenangan akan memihak kepada beliau.

Rosol juga telah mendapat sokongan padu daripada Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu ketika ini, Nuhairi Muhammad serta bekas ADUN Kuala Berang, Zawawi Ismail.


Post a comment

0 Comments