Terengganu Today

Terengganu Today

Ketua Bersatu Kuala Nerus: Khazan Dipilih, Calon Lawan Lari Ke Sungai Golok


Bekas Ketua Pemuda UMNO Setiu, Khazan Che Mat menang jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Nerus.

Khazan yang juga bekas ADUN Batu Rakit menewaskan seorang tokoh korporat, Dato' Mohd Jamil Mohd Ali dalam pertandingan satu lawan satu pada pemilihan parti itu, Sabtu lalu.

Hamid Yahya yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Nerus turut memenangi jawatan itu selepas mengenepikan Mohd Zaki Ismail.

Bagi jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian itu, Tengku Badrul Alam Tengku Abdul Rashid menewaskan Mohd Daud Abd Jalil.


Menurut sumber, Dato' Mohd Jamil tidak menghadiri sebarang mesyuarat cawangan Bersatu Sabtu lalu dan dilihat menerusi facebooknya berada di Sungai Golok, sempadan Thailand bersama bekas Ketua Armada Bersatu Kuala Nerus, Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan.

Kata sumber itu, Dato' Mohd Jamil tidak berniat untuk mensabotaj mesyuarat tersebut tetapi sebaliknya mahu 'meraikan' kekalahan yang sudah dijangka itu di luar negara.

Post a Comment

0 Comments