Terengganu Today

Terengganu Today

Hanya 314 Orang Hadir Mesyuarat Bersatu Hulu Terengganu


Seramai 314 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) direkodkan telah hadir ke mesyuarat cawangan parti itu di Bahagian Hulu Terengganu, semalam.

Daripada jumlah itu, 11 cawangan telah bermesyuarat manakala dua lagi gagal bersidang kerana tidak cukup korum.

Jumlah kehadiran mesyuarat mengikut cawangan adalah seperti berikut :

Bukit Perah - 21
Bukit Apit - 44
Bukit Diman - 40
Pengkalan Ajal - 33
Felda Mengkawang - 20
Matang - 22
Tapah - 26
Payang Kayu - 21
Teris - 30
Kuala Telemong - 24
Pulau Bahagia - 33

Dua cawangan yang gagal bermesyuarat ialah Kuala Dura (16 hadir) dan Tok Randok (16 hadir).

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid, memenangi pertandingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Bersatu Bahagian itu.

Rosol yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum menyertai parti itu pada Disember 2018, menewaskan dua lagi calon, Mohd Laisani Dollah dan Zamani Mamat.

Post a comment

0 Comments