Terengganu Today

Terengganu Today

Tiga Masjid Di Marang Adakan Pertandingan Bagi Memilih AJK


Tiga buah masjid di Daerah Marang akan mengadakan pertandingan bagi memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) masing-masing pada Jumaat ini.

Masjid itu ialah Masjid Kampung Rawai, Masjid Medan Jaya dan Masjid Haji Ahmad Ibrahim Rhu Rendang.

Pegawai Agama Daerah Marang, Engku Omar Amiruddin Engku Ali menerusi satu surat bertarikh 1 Januari 2020 berkata, pemilihan itu akan dikendalikan oleh Pejabat Agama Daerah.

Menurutnya, beberapa kriteria telah disenaraikan termasuklah calon AJK mestilah 'anak qaryah' mukim masjid tersebut dan cadangan calon mesti mempunyai penyokong.

"Calon adalah orang yang hadir dan ada semasa pemilihan dibuat," katanya.

Difahamkan, tiga buah masjid tersebut antara yang bermasalah dalam perlantikan AJK di Daerah Marang yang sepatutnya telah selesai pada Oktober tahun lalu.

Post a Comment

0 Comments