Terengganu Today

Terengganu Today

Tiada Bunga Api Tahun Baru, Kerajaan Terengganu Jimat RM70 Ribu


Kerajaan negeri dapat berjimat kira-kira RM70,000 apabila membuat keputusan untuk tidak mengadakan pertunjukkan bunga api sebagai gimik sambutan tahun baru 2020, semalam.

Menurut sumber, ketetapan itu selaras dengan langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata dalam laporan teganukita hari ini, tanpa pertunjukkan bunga api sambutan tahun baru peringkat Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort tetap meriah.

Namun begitu katanya, pertunjukkan bunga api secara kecil-kecilan di sekitar drawbridge malam tadi bukan dibuat oleh kerajaan negeri.

Post a Comment

0 Comments