Terengganu Today

Terengganu Today

Sektor Pertanian Era BN Gagal, Agih Anak Pokok Secara Suka-Suka


Sektor pertanian yang dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini disifatkan sebagai gagal dan kurang berhasil, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, YB Dr Azman Ibrahim.

Kegagalan itu jelas khususnya dalam program pengagihan anak-anak pokok secara percuma kepada para petani, ujar ADUN Jabi itu.

“Saya tengok data dari Jabatan Pertanian Negeri, jumlah pelbagai anak pokok buah-buahan yang diagihkan kepada rakyat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini mencecah juta pokok bilangannya.

“Sekiranya ditanam semuanya, bumi Terengganu dah jadi hutan dengan pokok buah-buahan. Tapi hakikatnya tak sebegitu. Tak tahu ke mana pergi semua anak-anak pokok tersebut,” kata Azman melalui facebooknya, hari ini.

Tambah beliau, pertanian perlu kepada perancangan dalam satu rantaian yang lengkap.

“Dari perancangan awal, persiapan tapak, penanaman, penjagaan, penuaian hasil, pemasaran dan persijilan.

“Bukan setakat agih anak pokok secara suka-suka sebagai buah tangan tetamu yang hadir dan akhirnya kering dalam polibeg sahaja", ujarnya.

Post a Comment

0 Comments