Terengganu Today

Terengganu Today

Peniaga Ekspo Jualan PB Square Anjuran PMINT Disaman MBKT


Seramai 14 orang peniaga di sebuah ekspo jualan anjuran anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), PMINT Urus Sdn Bhd telah disaman oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), semalam.

Difahamkan, ekspo jualan pakaian dan perhiasan diri itu diadakan selama 7 hari sejak 10 Januari lalu di ruang legar aras bawah kompleks Paya Bunga (PB) Square dengan bayaran sewa sebanyak RM700 setiap peniaga.

PB Square adalah bangunan komersil milik PMINT.

Menurut notis saman yang dikeluarkan MBKT bertarikh 14 Januari 2020, setiap peniaga dikompaun sebanyak RM250 mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBKT 1980 atas alasan perniagaan yang dijalankan tidak mempunyai permit yang sah.

Isu berbangkit, pihak mana yang sepatutnya menguruskan permit daripada MBKT? Para peniaga atau PMINT Urus Sdn Bhd selaku penganjur?

Post a Comment

0 Comments