Terengganu Today

Terengganu Today

MB Terengganu Jangan Tunjuk Pandai Urusan Perlantikan MPKKP


Komen Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkenaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) amat keterlaluan dan ia adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Naib Pengerusi II Amanah Terengganu, Hasbie Muda berkata, MPKKP merupakan entiti di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan fungsi utama badan itu adalah untuk menerangkan dan menjalankan dasar serta polisi kerajaan persekutuan di peringkat kampung.

Menurutnya, selama 18 bulan MPKK yang dilantik melalui kerajaan negeri gagal menunjukkan kemajuan dalam perlaksanaan tugasan itu.

"Hal yang demikian membawa kepada keperluan mewujudkan MPKKP kerana MPKK dalam negeri pembangkang gagal menghayati dan menerangkan polisi serta dasar Kerajaan Persekutuan.

"MPKK sedia ada hanya berperanan membawa dan menerangkan dasar kerajaan negeri sedangkan lebih separuh elaun MPKK dan peruntukan tahunan dibayar oleh kerajaan persekutuan," kata Hasbie melalui facebook MPKKP Terengganu, Selasa lalu.

Post a comment

0 Comments