Terengganu Today

Terengganu Today

Masalah Ketiadaan Elektrik, Air SRIDI Wakaf Mempelam Selesai


Sesi persekolahan di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam akan diteruskan seperti biasa esok, kata Penolong Kanan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), To’ Puan Aida Tengah.

Beliau berkata melalui facebooknya hari ini, masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik telah berjaya diselesaikan.

Media hari ini melaporkan mengenai rungutan ibu bapa murid terhadap masalah ketiadaan bekalan elektrik dan air di sekolah milik kerajaan negeri itu. 

Post a Comment

0 Comments