Terengganu Today

Terengganu Today

Kerajaan Terengganu Setuju Naikkan Kadar Tarif Air


Kerajaan negeri bersetuju dengan dengan cadangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air di Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar tarif air di negeri itu sudah lama tidak dinaikkan iaitu sejak 20 tahun lalu.

"Pada dasarnya kerajaan negeri bersetuju menerima kenaikan tarif itu.

"Bagaimanapun, kadar kenaikan itu masih dalam pertimbangan dan belum diputuskan setakat ini," katanya dalam laporan Sinar Harian, semalam.

Tambah Ahmad Samsuri, kadar baru tarif air yang akan diumumkan kelak tidak akan membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Post a Comment

0 Comments