Terengganu Today

Terengganu Today

Kadar Bayaran Urusan Tanah Belum Muktamad, Masih Dalam Kajian



Memang terdapat kajian dan semakan semula kadar bayaran bagi pelbagai urusan di Pejabat Tanah oleh kerajaan negeri, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, YB Dr Azman Ibrahim. 

“Kajian semakan semula untuk mencadangkan kadar baru telah dilakukan sejak tahun 2016 lagi.

“Ianya perlu disemak semula bersesuaian dengan kadar harga tanah semasa sebagaimana negeri-negeri lain,” katanya melalui facebook beliau, Dr Azman Ibrahim, semalam.

Tambah Dr Azman, kepentingan rakyat adalah faktor utama yang akan diambil kira dalam menentukan kadar baru agar ianya tidak membebankan.

“Kadar fi bayaran pejabat bagi urusan tanah yang diguna pakai oleh Negeri Terengganu sekarang adalah kadar fi yang diwartakan pada tahun 1987 dan telah berusia 32 tahun,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Armada Bersatu Bahagian Kuala Terengganu, Amir Long dalam 'ucapan tahun baharu' beliau memberitahu, kerajaan negeri akan menaikkan kadar bayaran bagi pelbagai urusan di Pejabat Tanah berkuatkuasa tahun 2020.

Post a Comment

0 Comments