Terengganu Today

Terengganu Today

Bandar Berkembar Kuala Terengganu - Dingzhou, China Beri Banyak Manfaat


Banyak peluang boleh dimanfaatkan menerusi program kerjasama bandar berkembar di antara Kuala Terengganu dan Dingzhou di Wilayah Hebei, China.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, antaranya ialah pembangunan sektor ekonomi dan perdagangan antara dua buah bandar itu.

“Lawatan Timbalan Datuk Bandar Dinghzou, Zhang Bao Sheng dari Wilayah Hebei ke Terengganu berhasrat untuk mengadakan satu kerjasama dalam bentuk bandar berkembar antara bandar Dinghzou dengan bandar Kuala Terengganu,” ujarnya dalam laporan teganukita, semalam.

Menurut Yahaya, deligasi tersebut mengadakan kunjungan ke Terengganu bertujuan untuk mengembangkan hubungan, menggalakkan kemakmuran dan pembangunan kedua-dua bandar itu.

“Kunjungan ke Pejabat Speaker dan taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi adalah salah satu daripada slot program mereka dan turut dibantu oleh Dewan Perniagaan Cina Terengganu," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments