Terengganu Today

Terengganu Today

Amanah Minta Exco Kerajaan Negeri Buktikan Dakwaan


Amanah Terengganu meminta Exco Kerajaan Negeri, YB Dr Azman Ibrahim membuktikan dakwaan beliau mengenai kewujudan surat daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pusat kepada MPKK negeri bagi mengambil alih premis yang telah dibina oleh kerajaan persekutuan di atas tanah milik kerajaan negeri.

Naib Pengerusi Amanah Negeri, Hasbie Muda berkata, adalah tidak wajar perkara itu diulas dengan hanya bersandarkan kepada 'hearsay'.

"Saya harap Exco (Dr Azman Ibrahim) dapat buktikan dakwaan tersebut," katanya melalui facebook Hasbie Muda, semalam.

Azman yang juga ADUN Jabi pada 8 Januari lalu berkata, beliau menerima aduan daripada beberapa MPKK bahawa mereka telah menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar MPKK keluar dari premis seperti dewan dan balairaya yang didakwa dibina oleh kerajaan persekutuan untuk diambil alih oleh MPKKP.

"Saya nasihatkan pemimpin MPKKP supaya jangan terburu-buru bertindak," katanya melalui facebook Dr Azman Ibrahim.

Post a Comment

0 Comments