Terengganu Today

Terengganu Today

Pemuda Amanah Terengganu Desak Dong Zong Hentikan Polemik Anti Jawi


Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan Pertubuhan Pendidikan Cina, Dong Jiao Zong yang terus dengan sikap anti tulisan Jawi sehingga terbabit menganjurkan satu himpunan bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran Jawi di sekolah vernakular.

Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, walau didedahkan hanya tiga muka surat yang sekadar memperkenalkan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu, ia seolah satu kejutan besar buat sebuah pertubuhan yang berusia 65 tahun.

Menurutnya, ketakutan melampau Dong Zong kepada tulisan Jawi yang merupakan khazanah warisan nusantara adalah  bertentangan dengan usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

"Tindakan Dong Zong tidak lain hanya akan menimbulkan lebih banyak kemudaratan terutama dalam hal perpaduan kaum dalam negara. Api api perkauman akan terus dimarakkan dan seterusnya prasangka dan curiga antara kaum dalam negara akan semakin meruncing.

" Pemuda Amanah Terengganu cukup kesal dan turut mengesa sekiranya himpunan anti jawi tetap diteruskan, kerajaan perlu mengkaji kembali keperluan Dong Zong menjadi pertubuhan yang sah disisi perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Post a Comment

0 Comments