Terengganu Today

Terengganu Today

Pemilihan Bersatu 2020, Senarai Penuh Ahli Dikeluarkan 7 Januari


Senarai penuh ahli Bersatu di Cawangan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat parti kepada Bahagian pada 7 Januari 2020.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerja Bersatu Negeri Terengganu memberitahu, ahli parti yang mahu hadir ke mesyuarat mestilah menjelaskan yuran keahlian sebelum 31 Disember ini.

"Mesyuarat pemilihan parti itu telah ditetapkan bermula 25 Januari hingga 1 Mac," katanya hari ini.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan Pemilihan Kepimpinan Bersatu Tahun 2020.

7 Januari
Senarai ahli Cawangan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat kepada Bahagian.

7 hingga 12 Januari
Tempoh bertenang dan aduan.

13 Januari
Penamaan calon yang mahu menawarkan diri bertanding di Bahagian (JPP akan maklum kemudian).

13 hingga 14 Januari
Tempoh saringan.

15 Januari
Senarai calon bertanding akan dipamerkan.

15 hingga 17 Januari
Tempoh tarik diri dan aduan.

Post a comment

0 Comments