Terengganu Today

Terengganu Today

Exco Kerajaan Terengganu 'Tak Dok Batu Pelir'



Kerajaan Negeri Terengganu sehingga ke hari ini tidak memberi sebarang jawapan berhubung rintihan dan rayuan 51 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) syarikat milik kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn Bhd yang akan ditamatkan kontrak perkhidmatan berkuatkuasa 31 Disember ini.

Malah, memorandum yang telah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Ariffin Deraman dan Pengerusi Top IT Industries Sdn Bhd, Zakaria Dagang, langsung tidak dijawab.

Menurut seorang pekerja yang enggan namanya ditulis berkata, sikap kerajaan negeri dan Top IT dilihat tidak mahu bertanggungjawab mengenai nasib mereka yang sudah berkhidmat antara 10 hingga 15 tahun.

"Maaf cakap, kami pekerja. Kami tidak mahu bermain politik dalam hal ini. Semasa mereka menjadi pembangkang kepada kerajaan negeri sebelum ini, kami melihat mereka begitu prihatin, begitu bersemangat memperjuangkan nasib kami, hak kami. 

"Mereka cukup lantang, tegas bila tahu ada dikalangan kami nak kena buang. Apa kerja kami, mereka ambil tahu. Apa produk kami, tugas kami mereka ambil tahu. Malah, kilang tempat kami bekerja di Gong Badak mereka kata retak, akan runtuh. Mereka siasat secara terperinci. Pada kami, mereka sangat cakna.

"Tapi, kini kami sangat sedih, bila mereka sudah menjadi pemimpin kerajaan, mereka buang kami. Bila kami buat rayuan, minta jawapan, sepatah haram mereka tidak respon. Kata orang Terengganu, macam tak dok batu pelir. Senyap sunyi," luahnya kecewa. 

Berita sebelum ini, https://www.terengganu.today/2019/10/top-it-buang-51-pegawai-eio-tso.html

Post a Comment

0 Comments