Terengganu Today

Terengganu Today

Empat Sebab Kenapa Kerajaan Terengganu Tamatkan Khidmat EIO, TSO


Pembantu Penyelidik Pusat Khidmat DUN Telemong, Wan Omar Ghazali menulis dalam satu komen di facebook Terengganu Today hari ini, empat sebab kenapa 51 orang pegawai EIO dan TSO ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan negeri berkuatkuasa pada 31 Disember ini.

Wan Omar yang juga Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pemuda PAS DUN Telemong itu berkata, empat sebab itu ialah:

1. Status perjawatan mereka adalah 'lantikan politik' dan perkhidmatan berstatus kontrak.

2. Kerajaan negeri mahu menghentikan amalan 'makan gaji buta' oleh pentadbiran sebelum ini kerana tiada kerja khusus yang dilakukan oleh mereka di pusat Bestari.Com, Top IT dan pejabat-pejabat yang lain.

3. Tindakan kerajaan negeri menamatkan kontrak mereka adalah bertujuan untuk 'menyelamatkan duit rakyat' daripada segala pembayaran yang tidak wajar.

4. Pada zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini, mereka menerima gaji walaupun 'duduk rumah tanpa buat kerja'.

Post a Comment

0 Comments