Terengganu Today

Terengganu Today

Bersatu Lapor Polis, Ketua UMNO Kuala Terengganu Ancam Keselamatan Negara


Bersatu Terengganu membuat laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan dikuasai komunisketika berucap dalam Persidangan Agung UMNO 2019 pada 7 Disember lalu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 10 pagi, semalam.

Ketua Penerangannya, Badrolhisham Mohd Shafie berkata, tuduhan telah membelakangi sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini.

"Kenyataan itu juga jelas menghasut rakyat untuk membenci kerajaan sekaligus boleh mengancam keselamatan negara," katanya ketika ditemui di IPD Kuala Terengganu, semalam, lapor Sinar Harian.

Katanya, ucapan Wan Hisham mengaitkan kejadian-kejadian terpencil sebagai 'kebetulan terancang' konspirasi komunisme untuk mengambil alih pemerintahan negara.

"Beliau turut mendakwa kerajaan kini diserapi fahaman komunis.

"Dakwaan ini begitu serius dan beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengemukakan bukti yang jelas," katanya.

Sehubungan itu katanya pihaknya meminta tuduhan itu dihentikan dan berharap supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan berhubung dakwaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Kita minta mereka yang melabel kerajaan PH sebagai diresapi fahaman komunisme atau diperintah komunis dapat menghentikan tuduhan itu.

"Ia adalah fitnah bagi kepentingan politik yang bertujuan menggugat kestabilan kerajaan," katanya.

Post a comment

0 Comments