Terengganu Today

Terengganu Today

Banjir: Pemuda PAS Terengganu Tanya Pemuda UMNO, Mana Skuad Sabil?



Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu, Aswadi Mohamad mempersoalkan di mana kelibat Skuad Sabil yang diwujudkan Pemuda UMNO dalam misi membantu mangsa bencana banjir yang sedang melanda negeri itu.

Melalui hantaran di facebooknya, Aswadi Mohamad hari ini, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang itu berkata, Skuad Sabil jangan hanya bermegah dengan majlis perasmian (Majlis Pelancaran Skuad Sabil) sahaja.

Serentak dengan hantaran itu, beliau yang juga kakitangan di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) turut memuat naik gambar-gambar Unit Amal yang sedang membantu mangsa banjir di sekitar Terengganu.

“Tahniah Amal. Anda perwira kami,” kata Aswadi memuji Unit Amal.

Tinjauan media sosial juga kelihatan kepimpinan Pemuda PAS Terengganu termasuk Ketuanya, Nasir Razak memuat naik gambar-gambar bersama Unit Amal yang lengkap berpakaian seragam. 

Kesungguhan Unit Amal dalam membantu mangsa banjir di Terengganu terbukti apabila gambar-gambar Unit Amal berjalan di dalam air banjir, gambar-gambar Unit Amal berselfie bersama mangsa banjir, gambar-gambar Unit Amal beramah mesra bersama mangsa banjir dan gambar-gambar Unit Amal menghantar bungkusan makanan ke rumah-rumah penduduk yang terlibat banjir kelihatan di media sosial.

Tahniah Unit Amal.

Post a Comment

0 Comments