Terengganu Today

Terengganu Today

Tiada Larangan Lantik Ahli UMNO, PAS Dalam Jawatankuasa MPKKP



Pakatan Harapan Terengganu tidak pernah menghalang perlantikan ahli UMNO atau PAS bagi menganggotai Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di negeri itu.

Menurut sumber, tiada larangan dikeluarkan oleh Pakatan Harapan bagi tujuan itu.

“Perlantikan itu mestilah dipersetujui di peringkat Penyelaras Pembangunan Parlimen dan DUN masing-masing.

“MPKKP ini akan berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk penyokong Pakatan Harapan sahaja. Sebab itu, tiada masalah jika ahli jawatankuasa itu dari parti apa sekali pun,” kata sumber berkenaan, hari ini.

Keputusan menubuhkan MPKKP dibuat selepas penilaian selama satu setengah tahun terhadap kegagalan MPKK di negeri pembangkang melaksanakan peranannya.

Pengerusi PH Terengganu, Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata baru-baru ini, MPKKP diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan hasil rungutan dan kegagalan MPKK memberi manfaat kepada semua rakyat dengan baik dan adil seperti diharapkan kerajaan Persekutuan.

“Cara pelaksanaan sistem MPKK asal tidak memberi keadilan apabila penyokong kerajaan negeri PAS saja mengaut sebahagian besar manfaat, sementara yang lain hanya berputih mata,” katanya, lapor Berita Harian.

Post a Comment

0 Comments