Terengganu Today

Terengganu Today

Syed Saddiq Gagal, Kata Ketua Armada Bersatu Terengganu


Ketua Armada Bersatu Terengganu, Syaiful Irfan Anang menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Tanjung Piai antaranya berpunca daripada kegagalan Ketua Pemuda pakatan itu sendiri, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan di facebooknya malam tadi, Syaiful Irfan berkata:

1. Syed Saddiq gagal memainkan peranan yang besar untuk menyatukan jentera Pemuda PH yang terdiri daripada empat parti.

2. Syed Saddiq lemah dalam beroganisasi termasuk menyusun gerak kerja dan mobalisasi jentera Pemuda PH dari seluruh negara sehingga ia berada pada tahap yang sangat lemah.

3. Syed Saddiq tidak dapat menyelesaikan banyak isu yang berbangkit termasuk hubungan beliau dengan Istana Johor yang dilihat bermasalah.

4. Syed Saddiq mesti bermuhasabah, segera selesaikan konflik dan perkasakan akar umbi Pemuda PH supaya bertambah kukuh dan berjaya.

Post a Comment

0 Comments