Terengganu Today

Terengganu Today

Rimas Dikritik, Kerajaan Terengganu Ugut Cybertrooper UMNO Dengan 'Peluru'


Kumpulan 'cybertrooper UMNO' diminta agar menghormati Muafakat Nasional dengan tidak mengkritik dan menyebar persepsi tidak baik terhadap Kerajaan Terengganu.

Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas berkata, atas dasar taawun antara UMNO dan PAS, sepatutnya 'senapang' dihalakan kepada Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian menerusi facebooknya, Faizul Abas, semalam.

Namun, beliau yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Terengganu sedia 'berperang' dan memberitahu kerajaan negeri mempunyai banyak 'peluru' untuk dihalakan kepada cybertrooper UMNO khususnya di Terengganu.

'Peluru' yang dimaksudkan beliau merujuk kepada keburukan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin UMNO sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments