Terengganu Today

Terengganu Today

Persembahan Busker Di Pasar Payang, Pasarnita Tanjung Dihentikan



Kerajaan negeri menghentikan semua aktiviti hiburan beberapa kumpulan pemuzik jalanan atau busker yang membuat persembahan di Pasar Payang dan Pasarnita Tanjung.

Pemberhentian selama kira-kira 2 bulan itu bagi membolehkan kumpulan busker berkenaan membuat permohonan rasmi kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk dipertimbangkan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, YB Dr Alias Razak dan diberitahu oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Ahmad Amzad Hashim melalui facebooknya, hari ini.

Ahmad Amzad yang turut mengkritik tindakan itu sebagai mematikan suasana ceria Pasar Payang dan Pasarnita Tanjung serta 'mengacau' periuk nasi kumpulan busker berkenaan.

“Tapi mereka mohon ke MBKT surat terperap dekat pegawai. Terbaru mereka jumpa saya kata ada dapat maklumat hujung bulan 12 baru nak bawa masuk mesyuarat. 2 bulan mereka nak makan apa,” soal Ahmad Amzad.

Post a Comment

0 Comments