Terengganu Today

Terengganu Today

Kerajaan BN Terengganu Sekat RM2.9 Juta Bayaran Elaun Imam, Bilal



Kerajaan negeri melunaskan tunggakan elaun berjumlah RM2.9 juta kepada 42 imam dan bilal masjid mukim di Terengganu yang disekat mulai tahun 2004 hingga 2018 oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, YB Mohd Nor Hamzah.

Menurutnya, perkara itu berjaya diselesaikan selepas kerajaan negeri meneliti dan membuat kajian berkenaan perkara itu sebelum ia diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, elaun yang disekat perlu dibayar balik mengikut tempoh perkhidmatan imam dan bilal yang dikenakan tindakan.

“Mereka yang telibat adalah imam dan bilal bertauliah menerima elaun bulanan antara RM700 hingga RM900, tetap meneruskan tanggungjawab sepanjang tempoh sekatan.

“Jumlah bayaran, ada yang menerima serendah RM1,500 dan ada yang dibayar setinggi hampir RM115,000,” katanya selepas Majlis Penyerahan Wang Tunggakan Imam dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu, Kompleks Seri Iman, lapor teganukita.

Post a Comment

0 Comments