Terengganu Today

Terengganu Today

Gagal Jelas Cukai, 75,494 Berdepan Pelucutan Hak Milik Tanah


Tindakan melucutkan hak milik tanah akan dilakukan kerajaan negeri kepada 75,494 pemilik tanah berdaftar jika mereka gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah yang kini melebihi RM2.3 juta.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali berkata, tindakan itu akan dikuatkuasakan selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menghantar notis borang 6A, Seksyen 100, Akta Kanun Tanah Negara.

“Jika pemilik gagal menjelaskan tunggakan hasil, kita akan menghantar notis borang 6A, Seksyen 100 sebelum pelucutan hak milik dilakukan.

“Siasatan awal mendapati sikap menangguhkan bayaran hasil cukai tanah menjadi punca utama hingga menyebabkan berlaku tunggakan," katanya dalam laporan Berita Harian, hari ini.

Zulkifli berkata, kadar cukai tanah dikenakan bagi setiap lot tanah pelbagai saiz dan lokasi antara RM5 hingga RM1,000 setahun.

Katanya, seramai 75,494 pemilik tanah berdaftar dikesan di Daerah Kuala Terengganu melibatkan sekitar 35,000 lot tanah.

Post a Comment

0 Comments