Terengganu Today

Terengganu Today

Kerajaan Terengganu Tarik Balik Pemberian Lot Tanah Kepada Atlet Cemerlang



Kerajaan negeri menarik balik penyerahan ganjaran berupa lot tanah kediaman kepada dua pesilat negara, Razak Ghazali dan Siti Rahmah Mohamed Nasir.

Anak Terengganu, Razak dan Siti Rahmah yang menyumbang dua pingat emas buat negara pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali, Indonesia menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman pada 28 Disember 2016.

Sumber https://www.teganukita.net/2016/12/pesilat-negara-terima-lot-tanah.html

Permohonan tanah yang dibuat Razak dan Siti Rahmah pada 2017 di Padang Tebuk, Pengkalan Setar, Mukim Pengadang Buluh ditolak oleh Kerajaan Terengganu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu pada 5 Ogos 2019.

Selain Pentadbir Tanah Daerah, Jawatankuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu turut terdiri daripada wakil rakyat termasuklah YB ADUN Manir, YB ADUN Buluh Gading, YB ADUN Wakaf Mempelam, YB ADUN Bandar, YB ADUN Ladang, YB ADUN Batu Burok dan YB ADUN Alor Limbat.

Post a Comment

0 Comments