Terengganu Today

Terengganu Today

PRU15: PAS Rangka Pelan Strategik Rampas DUN Hulu Besut Daripada DAP



PAS telah merangka pelan strategik dan memperkemaskan jentera parti di pelbagai peringkat sebagai persiapan parti itu untuk menawan DUN Hulu Besut pada pilihan raya umum (PRU) ke 15.

Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan, Shalahuddin Jaafar berkata, pelan tersebut telah disiapkan dalam Retreat AJK PAS DUN Hulu Besut pada 6 hingga 7 September lalu di Kem Hutan Lipur Lata Tembakah.

“Tumpuan akan diberikan kepada pendaftaran pemilih, memperkemaskan data di bilik gerakan dan kempen.

“Setakat ini dilihat sokongan yang bertambah baik kepada parti PAS. Khidmat yang diberikan oleh MPKK dapat menarik sokongan rakyat,” jelasnya yang juga Setiausaha PAS Kawasan Besut dalam satu laporan di laman berita rasmi PAS Terengganu, buletinonline.net, semalam.


Kerusi DUN Hulu Besut telah dikuasai oleh calon DAP, Nawi Mohamad selama empat penggal sejak PRU ke 11 tahun 2004.

Pada PRU ke 14, Nawi yang juga Pengerusi DAP Besut menewaskan calon PAS, Mat Daik Mohamad dengan majoriti 1,469 undi.

Post a Comment

0 Comments