Terengganu Today

Terengganu Today

Tiada Amalan 'Kabel' Dalam Proses Kelulusan Rumah, Kata Exco Terengganu



Kerajaan negeri tidak mengamalkan pilih kasih atau 'kabel' dalam proses kelulusan permohonan memiliki rumah, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Beliau berkata, semua pemohon yang layak perlu menjalani proses temuduga dan melalui Jawatankuasa Penimbang Negeri.

"Kita terima banyak permohonan dan tidak dinafikan semua mereka layak.

"Tetapi, sebarang keputusan dibuat berasaskan keperluan, pendapatan isi rumah dan beberapa faktor lain,” katanya dalam laporan portal berita kerajaan negeri, teganukita.net, hari ini.

Dr. Alias turut menegaskan, tiada sebarang campur tangan ahli politik dalam menentukan keputusan permohonan.

"Kami tidak terlibat langsung dengan jawatankuasa penimbang, malah saya sendiri menyerahkan semua kuasa membuat keputusan kepada mereka,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments