Terengganu Today

Terengganu Today

PKR Terengganu Jemput Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim Petang Esok



Perdana Menteri Kelapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bersama anak muda di Dataran Drawbridge di Seberang Takir, Kuala Nerus bagi program penyerahan Jalur Gemilang di samping beramah mesra dengan 10 pasukan bola pantai.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam laporan Utusan Malaysia semalam berkata, Katanya, program itu bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat setempat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka bertepatan dengan bulan kemerdekaan negara.

"Jadi kita menjemput seluruh warga Terengganu khususnya anak muda sama ada yang dekat atau jauh untuk mengambil peluang bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Sebelum itu, Anwar yang juga Presiden PKR itu dijadualkan merasmikan Pejabat PKR negeri yang baharu di Bukit Besar pada pukul 12 tengah hari.

Kemudian, program diteruskan dengan pertemuan dengan kepemimpinan PKR negeri dan sayap-sayap di bilik mesyuarat utama di lokasi sama dari pukul 2.00 petang hinggga 3.30 petang sebelum perjumpaan dengan kepemimpinan Pakatan Harapan Terengganu selepas itu.

"Kita menjangkakan akan ada pengumuman mengenai kedudukan terbaharu di peringkat pusat termasuk jawatan disiplin dan isu berkenaan video (yang dikaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Azmin Ali)," katanya.

Post a Comment

0 Comments