Terengganu Today

Terengganu Today

Peniaga Jalanan: 40 Kompaun Telah Dikeluarkan, 205 Balang Jeruk Dirampas



Semua peniaga jalanan di persimpangan lampu isyarat di negeri ini diarah menghentikan operasi jualan mereka berkuatkuasa serta merta, tegas Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Menurutnya, ia bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya malah boleh mengganggu aliran trafik.

“Sehingga hari ini sebanyak 40 kompaun yang dikenakan bayaran RM250 telah dikeluarkan oleh PBT kepada peniaga dan telah merampas 205 balang jeruk dibawah Akta Penjaja Kecil,” katananya dalam sidang media di pejabatnya, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mohd Nurkhuzaini berkata, arahan termaktub di dalam undang-undang dan peraturan peringkat negeri serta pusat dan menegaskan bahawa saman akan dikeluarkan kepada peniaga yang degil.

“Ini kerana menyalahi undang-undang persekutuan iaitu Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 166/ 59 dan juga bercanggah dengan Akta Kerajaan Tempatan  1975, Undang-Undang Kecil Penjaja yang tidak membenarkan apa jua aktiviti jualan dan pembelian  di persimpangan jalan.

“Di atas pandangan tersebut, kita mengharapkan kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti ini dapat menghentikan jualan mereka kerana ia menyalahi undang-undang,”ujarnya.

Jelasnya lagi, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Tenaga Kerja dan Yayasan Pembangunan Usahawan.

Post a Comment

0 Comments