Terengganu Today

Terengganu Today

Pemuda PH Gesa Pemuda UMNO Terengganu Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara


Pemuda Pakatan Harapan (PH) Terengganu menggesa Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera memohon maaf kepada Ketua Polis Negara.

Pengarah Komunikasinya, Zamir Ghazali dalam satu kenyataan berkata, tindakan Ketua Pemuda UMNO Terengganu memberi gelaran ‘Wira Malaysia’ kepada seorang individu yang menghina Ketua Polis Negara sangat mendukacitakan.

“Tindakan Tengku Haphiz sekaligus boleh dianggap menghina pasukan Polis secara keseluruhannya.

“Pemuda Harapan Terengganu mengesa, Pemuda UMNO Terengganu untuk mengeluarkan permohonan maaf terhadap Ketua Polis Negara,” katanya menerusi satu ‘post’ di facebook Pemuda Harapan Terengganu, hari ini.


Pagi tadi, Tengku Haphiz bersama rombongan Pemuda UMNO Terengganu mengunjungi keluarga Muhammad Fakhrur Razi Saedi di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus.

Menurut sumber, pada 24 Ogos lalu, Fakhrur Razi ditahan polis di Kedai Makan FZ Roti John miliknya dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, Perak untuk siasatan lanjut.

Laporan polis terhadap Fakhrur Razi dibuat di Sungai Siput pada 22 Ogos lalu.

Pemuda berusia 32 tahun itu mengaku mengaibkan Ketua Polis Negara dengan 4 patah perkataan di facebook miliknya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara pada tajuk laporan Berita Harian, “Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan”, lapor sumber berkenaan.


Bapa kepada seorang anak itu dibebaskan empa hari kemudian.

Turut serta dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Zul Fadli Rozi; Ketua Pemuda UMNO Kuala Nerus, Muhammad Hanafi Hassan dan Ketua Pemuda UMNO Setiu, Ahmad Abaidillah Ariffin. 

Post a Comment

0 Comments