Terengganu Today

Terengganu Today

Pemilik 'Kedai Arsenal' Bengang, ADUN Alor Limbat Maki Ibu Mertua

Pemilik restoran P Food Station, Nik Ahmad Syafizzaq Nik Abd Razak meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap ADUN Alor Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Kemarahan itu diluahkan menerusi satu hantaran di akaun facebook beliau, Nik Ahmad Shafizzaq, sebentar tadi.

Dakwa graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu, tindakan ADUN berkenaan yang memaki ibu mertuanya disifatkan sebagai angkuh dan 'tidak sedar diri'.

"Kita maroh sbb (sebab) mung maki moktua (ibu mertua) kita sapa nangis" luah beliau.


Nik Ahmad Syafizzaq antara aktivis media sosial pro PAS dan pernah bersama Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis media sosial di Kediaman Seri Iman.

Sementara itu, restoran beliau yang beroperasi di Kampung Wakaf Mempelam sejak tahun 2010 itu turut mendapat jolokan 'Kedai Arsenal' disebabkan minatnya terhadap pasukan itu serta menjadi tempat berkumpul penyokong skuad Gunners.

Post a Comment

0 Comments