Terengganu Today

Terengganu Today

PAS Gong Kemunting Rugi RM20 Ribu, Markas Hangus Dijilat Api



PAS Kampung Gong Kemunting kerugian sebanyak RM20,000 apabila markas parti itu hangus dijilat api pada akhir Julai lalu.  

Kejadian itu turut mendapat perhatian pemberita sebuah agensi kerajaan negeri, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang turun membuat liputan ke lokasi kejadian di DUN Batu Burok, awal bulan lalu.

Jurucakap PAS kampung berkenaan, Abdul Rahman Mohamad yang juga Pengerusi MPKK Gong Kemunting berkata, “kejadian tersebut turut dihidu oleh saya. Apabila saya mendapati asap yang tebal menyelubungi sekitar kampung, saya bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam laporan berita milik kerajaan negeri, teganukita.net.

Katanyanya, pembinaan markas baharu PAS kampung itu masih dalam perbincangan.

“Kita juga telah meneliti nilaian kerugian, dianggarkan sebanyak RM20,000,” katanya.


Post a Comment

0 Comments