Terengganu Today

Terengganu Today

Najmil Faiz Tarik Diri Ceramah Perpaduan Ummah


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Dr Najmil Faiz Mohamad Aris menarik diri sebagai penceramah pada program Ceramah Perpaduan Ummah, Khamis ini.

Program anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan diadakan di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu dengan menampilkan tujuh penceramah termasuk AJK PAS Pusat, YB Dato' Dr Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus) dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Wan Sukairi Wan Abdullah (ADUN Wakaf Mempelam) serta beberapa pemimpin NGO.

Najmil Faiz yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati kepimpinan UMNO Negeri Terengganu.

Difahamkan, program itu dianjurkan tanpa pengetahuan awal dan penglibatan secara langsung UMNO Terengganu.

Wakil UMNO Terengganu mahupun wakil UMNO Bahagian Kuala Terengganu tidak pernah dijemput untuk berbincang atau bermesyuarat berhubung penganjuran itu.

Namun, tiada larangan daripada UMNO Terengganu untuk ahli parti itu daripada menghadiri ceramah tersebut.

Post a Comment

0 Comments