Terengganu Today

Terengganu Today

Media Amanah: Bangunan PAS Kelantan Dibina Guna Duit ‘Derma’ Tokey Judi



Kenapa media pro parti Amanah, partiamanahmalaysia.wordpress.com tiba-tiba membangkitkan isu pembinaan Bangunan PAS Kelantan, yang sudah berusia lebih 55 tahun itu.

Portal berkenaan melaporkan, Bangunan PAS Kelantan dibina oleh syarikat Kien Huat Private Limited pada tahun 1963 dan siap 1966.

Syarikat berkenaan adalah milik keluarga ahli perniagaan, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang juga pemilik pusat perjudian di Genting Highlands.

‘Derma’ daripada Lim Goh Tong kepada PAS Kelantan itu adalah sebagai balasan kerana syarikatnya, Kien Huat diberi projek membina Jambatan Sultan Ismail Petra bernilai RM5 juta pada tahun 1962.


Facebook pro Pakatan Harapan, Mahathir The Legend turut memainkan isu yang sama pada 11 Ogos lalu.

Pembinaan jambatan itu mencatat sejarah bukan sahaja kepada negeri Kelantan, bahkan Malaysia amnya.

Ini kerana jambatan sepanjang 908.3 meter dan lebar 24.3 meter itu merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara pada ketika itu.

Post a Comment

0 Comments