Terengganu Today

Terengganu Today

MB Terengganu Beri 4 Sebab Kenapa Agihan Dana Raya Perlu Dikurangkan



Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah memberi penjelasan kenapa kerajaan negeri mengurangkan jumlah penerima dana raya kepada rakyat Terengganu tahun ini. Penjelasan itu dibuat dalam satu Ceramah Pasca Sidang DUN pada 17 Julai lalu dan rakaman itu telah disiarkan di facebook beliau, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. 

1.    Kata MB, dana raya yang diagihkan kepada rakyat tidak akan bertahan lama sehingga 6 bulan. Jawab nitizen : Ya, memang duit yang tidak sampai RM500 itu tidak boleh bertahan lama bagi rakyat biasa yang berbelanja. Sebab, duit itu digunakan oleh rakyat untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Betul kata MB, tidak sampai seminggu akan habis. Nama pun untuk persiapan raya, adakah MB fikir rakyat beraya selama 6 bulan?

2.    Kata MB, hanya Terengganu yang agih dana raya kepada rakyatnya pada setiap tahun (sejak 2005), negeri lain tidak. Soalan nitizen : Adakah MB bermaksud Terengganu perlu ikut jejak negeri lain, tidak perlu wujudkan lagi dana raya?

3.    Kata MB, lebih baik peruntukan ini digunakan untuk menampung hasil negeri yang telah hilang seperti pengapusan cukai pintu rumah kediaman. Kenyataan ini disindir banyak pihak dalam media sosial. Kata nitizen, “ambil duit orang miskin yang nak sambut raya di kampung untuk bantu orang kaya bayar cukai pintu di bandar”. Setiap manifesto yang ‘manis’ itu, ada ‘pahitnya’.

4.    Kata MB, daripada berhabisan RM80 juta dalam masa seminggu untuk dana raya, lebih baik peruntukkan ini disalurkan untuk membeli aset seperti bangunan asrama pelajar di Mesir. Satu soalan dari nitizen untuk MB, berapa jumlah asrama yang telah dibeli atau disewa oleh Kerajaan Terengganu yang diperintah Barisan Nasional sebelum ini?

Untuk rekod, pada tahun 2019 sebanyak RM16 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk agihan dana raya, 2018 (RM69 juta), 2017 (RM88 juta), 2016 (RM80 juta), 2015 (RM78 juta) dan 2014 (RM70 juta).

Post a Comment

0 Comments