Terengganu Today

Terengganu Today

'Masjid Russia' Tarik Perhatian



Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia berjaya menarik perhatian orang ramai.

Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid itu yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut Dato’ Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu.


Ia kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk tempatan mahu pun rakyat dari negeri luar.

Keunikan senibina yang lain daripada reka bentuk masjid lain di daerah dan negeri ini ditambah dengan kombinasi warna kubah yang dicat berwana-warni menyebabkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun lalu itu tidak putus-putus dikunjungi sama ada untuk menunaikan solat atau sekadar merakam kenangan.


Masjid yang dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai itu sebenarnya bertujuan menggantikan masjid kayu sebelum ini yang sudah usang dan berusia lebih 100 tahun.

Post a Comment

0 Comments