Terengganu Today

Terengganu Today

Majlis Perbandaran Dungun Perkenal Pas Letak Kereta Berbayar Kepada Golongan OKU



Majlis Perbandaran Dungun memperkenalkan Pas Bulanan Tempat Letak Kereta untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kadar bayaran sebanyak RM50 sebulan.

Tawaran itu telah dihebahkan kepada umum melalui facebook Majlis Perbandaran Dungun bermula 4 Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu, ia boleh dimohon melalui Bahagian Tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Dungun dengan melengkapkan dua keping borang permohonan serta salinan dokumen tambahan seperti kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan dan kad OKU yang disahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  

“Pas (pelekat kenderaan) ini boleh digunakan di semua tempat letak kereta berbayar sekitar Dungun,” jelasnya.

Sehari selepas itu, Majlis Perbandaran Dungun sekali lagi membuat penjelasan berhubung perkara tersebut.

Katanya, pengenalan pas tersebut bagi memberi kemudahan dan keistimewaan kepada golongan OKU.

“Ia memberikan peluang tambahan kepada golongan OKU untuk meletakkan kenderaan di petak (berbayar) selain petak khas (percuma) yang disediakan untuk golongan berkenaan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments