Terengganu Today

Terengganu Today

Lambat Dapat Lesen Memandu: Exco Kerajaan Terengganu Mahu Saman, Minta Pulangkan Duit




Pemilik restoran P Food Station, Nik Ahmad Syafizzaq Nik Abd Razak yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ADUN Alor Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman mendedahkan beberapa rentetan kejadian antara wakil rakyat berkenaan dan ibu mertuanya.


Menerusi satu komen di akaun facebooknya, Nik Ahmad Syafizzaq memberitahu, Ariffin yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Tekonologi Maklumat Negeri Terengganu, naik angin apabila proses pengambilan lesen memandu oleh ‘anak buah’ beliau belum selesai.

Pihak yang terlibat dalam urusan itu bersama sebuah institut memandu ialah ibu mertuanya, kata Nik Ahmad Syafizzaq.

“Oleh sebab lambat proses, jadi YB marah. Telefon (ibu mertua) marah, kenapa lambat sangat. Awak kenal ke siapa saya? Saya YB ni.

“Lepas tu, minta balik duit belajar kereta (bayaran lesen memandu) dan beritahu mahu saman,” katannya.

Post a Comment

0 Comments