Terengganu Today

Terengganu Today

Kerajaan Terengganu Potong Elaun Bulanan 700 Guru Al-Quran



Kerajaan Terengganu memutuskan untuk memotong elaun bulanan lebih 700 guru al-Quran berkuatkuasa September depan.

Menurut sumber, sebelum ini elaun sebanyak RM500 sebulan itu dibayar kepada guru-guru Program Pintar Al-Quran yang mengajar di setiap Tabika Kemas seluruh negeri.

Katanya, elaun itu dibayar oleh kerajaan negeri sejak tahun 2005 bagi memastikan kanak-kanak di peringkat awal usia mampu menguasai al-Quran.

“Dalam tempoh hampir 15 tahun, Program Pintar Al-Quran berjaya melahirkan lebih 22,000 kanak-kanak yang mempunyai asas penguasaan al-Quran.

“Kerajaan negeri sebelum ini memperuntukkan lebih RM4 juta setiap tahun bagi menggerakkan program itu,” kata sumber berkenaan.

Post a Comment

0 Comments