Terengganu Today

Terengganu Today

Jokowi Teruskan Rancangan Pindah Pusat Pentadbiran Indonesia Ke Kalimantan



Presiden, Joko Widodo atau Jokowi akan meneruskan rancangannya untuk memindahkan pusat pentadbiran Indonesia ke Kalimantan. 

Lapor CNN Jakarta, Jokowi memberitahu beliau telah melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan untuk menentukan daerah yang akan dipilih sebagai lokasi pusat pentadbiran baharu Indonesia menggantikan Jakarta. 

Perkara itu disahkan beliau dalam mesyuarat tertutup yang diadakan di Jakarta hari ini. 

Kata beliau, lawatan ke lokasi telah dilakukan dan keputusan telah ditetapkan untuk memilih Kalimantan sebagai pusat pentadbiran yang baharu. - AGENSI

Post a Comment

0 Comments