Terengganu Today

Terengganu Today

Enakmen Hudud, Qisas Terengganu 2002 Perlu Diperbetulkan


Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu Tahun 2002 perlu dikaji semula sebelum dilaksanakan agar undang-undang itu relevan dengan keadaan semasa, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu, Wan Muhammad Zakri Wan Mohd.

“Saya sangat menyokong kajian semula bagi memperbetulkan beberapa perkara dalam enakmen itu supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan semasa.

“Enakmen itu perlu diperbetulkan dengan sedikit pindaan sahaja," ujarnya dalam laporan teganukita.net, semalam.

Beliau mengikuti rombongan kerajaan negeri turut ke Mahkamah Syar'iah Ache, Banda Acheh bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, YB Satiful Bahri Mamat dan Timbalannya, YB Maliaman Kassim.

Menurut rekod, enakmen berkenaan telah diluluskan DUN Terengganu pada 8 Julai 2002 dan diwartakan pada 27 Oktober 2003.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri serius dan komited terdahap perkara itu.

“Kerjasama dan buah fikiran yang kita dapat di sini (Acheh) akan dipraktikkan dan dibuat penambahbaikan di Terengganu,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments