Terengganu Today

Terengganu Today

Bukit Besar: Kerajaan Terengganu Galak Pengunjung Mendaki Sambil Berzikir


Kerajaan Terengganu merancang untuk memasang papan tanda dengan ayat-ayat zikir di laluan dan trek pendakian menuju ke puncak Bukit Besar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Mohd Nor Hamzah.

"Saya melihat di sekitar jalan menuju ke puncak bukit banyak ruang-ruang yang sesuai bagi meletakkan papan tanda yang tertera ayat-ayat zikir.

"Ini termasuk kata-kata semangat bagi orang yang berjalan kaki supaya dapat berzikir ketika mendaki ke puncak," katanya yang juga ADUN Bukit Payong.

Beliau berkata sedemikian dalam laporan teganukita.net selepas berjaya mendaki ke puncak Bukit Besar, Sabtu lalu.

Post a Comment

0 Comments