Terengganu Today

Terengganu Today

Bersatu Makin Kukuh Di Terengganu, Kata Rosol Wahid


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin kukuh di negeri ini, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sekarang ini, Alhamdulillah ahli (Bersatu) bertambah. Ada yang masuk secara terbuka dan ada yang masuk secara sulit. Jadi nampaknya sambutannya amat menggalakkan dan memberangsangkan.

"Kita yakin dalam pilihanraya akan datang tiada masalah untuk Bersatu. Saya (bagaimanapun) tiada data (tepat) tetapi kita sedang berkembang terutama di kalangan orang muda," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Sifar Murid Cicir Peringkat Negeri Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail di Batu Rakit.

Rosol menyertai Bersatu pada 12 Februari lalu dalam satu majlis bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments