Terengganu Today

Terengganu Today

Amaran Kepada Pengerusi Ketengah, Jangan Rosakkan MPKK Terengganu



Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, YB Dr. Azman Ibrahim mengulas dakwaan Pengerusi Ketengah, Dato’ Zulkifli Mohamad mengenai wujudnya perpecahan dikalangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu.

Beliau menceritakan isu sebenar yang berlaku semasa program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Ketengah pada 22 Ogos lalu.

“Ketika itu, semua Pengerusi MPKK dalam kawasan Ketengah dijemput hadir dan mereka meraikannya.

“Tapi yang dijemput Pengerusi Ketengah itu ke pentas untuk menerima Jalur Gemilang ialah Ahli Jawatankuasa tambahan MPKK lantikan Kerajaan Pakatan Harapan dan bukannya Pengerusi.

“Saya berpandangan, di sini wujud unsur mempermainkan Pengerusi-Pengerusi MPKK dan menunjukkan simbolik beliau tidak mengiktiraf Pengerusi yang sah dilantik,” katanya dalam laporan portal berita milik kerajaan negeri, teganukita.net semalam.

Dato’ Zulkifli juga merupaka Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kuala Terengganu.

Sementara itu, Dr Azman turut menyatakan rasa bimbang di atas tindakan yang kurang matang itu.

“Berpolitik ada batasnya. Tindakan tidak bijak ini akan disusuli dengan tindakan memboikot program-program anjuran Ketengah oleh MPKK berkenaan.

“Saya mohon supaya Pengerusi Ketengah lebih berhati-hati.

“Jangan rosakkan suasana damai dan harmoni yang wujud di kalangan MPKK di Terengganu. Ia diakui oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai antara Pengurusan MPKK yang terbaik dalam negara ketika ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments